« Fountain of Youth | Main | Bleh »

November 15, 2005

Lawatan ke Chicago

Sebelum rakan-rakan sekalian ingin menyatakan pandangan tentang edisi diari elektronik kali ini, saya ingin memohon ampun and maaf sekiranya terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan struktur ayat yang saya guankan. Maklumlah, ini kali pertama saya menggunakan bahasa kebangsaan kebanggaan rakyat Malaysia untuk mengumpit sedikit sebanyak tentang kehidupan saya di West Lafayette. Namun, hal ini tidak bermaksud saya akan terus menggunakan Bahasa Malaysia untuk mencatit diari elektronik ini selama-lamanya. Saya hanya ingin melepaskan rasa kekok selepas 2 tahun tidak berbahasa.

Hujan semakin lebat (terasa nak taip 'hujan anjing dan kucing' pula..). Terpaksalah saya berteduh di dalam perpustakaan Dewan Batu (Stone Hall) sementara menunggu bas 4B tiba. Ini kali pertama saya menggunakan perpustakaan ini walhal sudah beberapa kali saya melintasi tempat tersebut sebelum ini. Jam berdetik menghampiri jam 6.30 petang. Terkobar-kobar rasanya hendak meneruskan catitan ini tetapi saya terpaksa beredar dahulu untuk menaiki bas balik ke tempat kediaman.

Berdepan dengan skrin LCD 'laptop' yang lumrah saya pandang, sekali lagi saya melabuhkan punggung di depan komputer dan meneruskan catitan buat kali ini. Semasa berjalan ke tempat menunggu bas tadi, hujan membasahi pakaian saya dalam sekelip mata. Angin bertiup bukannya sepoi-sepoi bahasa, tetapi kuat and sejuk hingga menusuk tulang. Cuaca di sini memang tidak menentu. Habislah musim sejuk nanti..

Entah kenapa saya berasa sungguh letih hari ini. Baru sahaja balik dari Chicago semalam, saya terus 'papp!!' melelapkan mata. Chicago memang menawan. Walaupun saya tidak berpeluang untuk jalan berpelisiran di 'downtown', pemandangan bangunan pencakar langit Chicago, terutamanya Menara Sears, dari kawasan periferi sudah cukup mengagumkan.

Destinasi pertama ialah rumah kediaman Puan Enson, pegawai MSD Chicago. Tujuan kami (saya dengan Peter) melawatnya adalah untuk meminjam alat-alat pameran bagi pembentangan kami Jumaat ini. (tujuan sekunder pula ialah menyambut hari raya dengan Pn. Enson sekeluarga.. ini memang tidak dapat dielakkan haha..) Pn. Enson sungguh mesra apabila menyambut kedatangan kami. Dia dan suaminya berbual-bual dengan kami seketika sebelum mengundang kami menjamu selera. Hidangan laksa Kelantan Pn. Enson teramat sangat (kesalahan tatabahasa) sedap. Semasa kami makan, suami Pn. Enson memberi keterangan tentang hidangan terkenal dari kampungnya itu. Menurut penjelasannya, kualiti laksa Kelantan bergantung pada jenis ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa. Walaupun pedas, saya masih mampu menghadamkan (ada salah penggunaan kata, saya rasa) dua mangkuk laksa dan pelbagai jenis kuih-muih raya.

Seterusnya, Pn. Enson membawa kami ke rumah kediaman ketua MSD pula. Di sana, kami bertemu dengan Zuliana dan bersembang dengannya. Zuli masih kelihatan kecil molek dan banyak bercakap :P Oleh sebab perut sudah kenyang (maksudnya buncitlah..), kami bertiga meminta diri dahulu dengan alasan ingin melihat kampus Universiti Northwestern. Northwestern mempunyai pemandangan tasik Michigan yang kelihatan seperti laut. Mereka ada pantai peribadi juga (cis! :P). Namun demikian, kampus Northwestern sungguh kecil jika dibandingkan dengan universiti lain. Tapi dengan adanya bangunan-bangunan moden yang bertingkat-tingkat, infrastruktur universiti masih cukup untuk menampung keperluan mahasiswa-mahasiswi di sana.

Selepas meninggalkan Zulie di tempat kediamannya, kami beredar pula ke tempat tinggal Sin Yi. Temannya mengajak kami makan malam bersama-sama di Chinatown Chicago. Buat kali pertama kami berempat bertemu kembali di tempat asing ini, perasaan saya berbaur seronok dan sambar hati juga (entah kenapa, saya berasa kurang selesa melihat keintiman di depan mata). Kami bersembang-sembang seperti masa di INTEC dahulu. Sungguh nostalgik..

Chicago, jumpa lagi minggu depan!

Posted by peixin at November 15, 2005 07:11 AM

Comments

Alamak, apa ini?!? Mulut saya tercengang dibuat 'blog' awak yang terbaru ini. Janganlah berbuat demikian kepada sahabai handai awak yang bukan rakyat Indonesia/Malaysia! Fikirkan, macam mana mereka akan dapat memahami apa yang saudara baru terbitkan? Tetapi, kalau semua kawan-kawan awak yang seronok membaca blog kamu ini semuanya fasih berbahasa Melayu dan dapat memahami kandungan blog yang awak baru terbitkan, saya tarik balik kata-kata saya. :)

Posted by: Huei Ming, Tan at November 15, 2005 09:41 AM

Musim sudah sejuk, badan sudah tak boleh tahan,
jaga-jaga badan sendiri ya!

Posted by: LIM POH GUAT at November 15, 2005 05:27 PM

Dah lama tak guna Bahasa... nak comen pun entah nak taip apa. Maklumlah, dah lupakan kebanyakan perkataan-perkataan melayu. Cuba berbelog lagi dalam Bahasa, boleh? Nak belajar daripada adinda!

Posted by: zx at November 17, 2005 07:00 AM

Post a comment




Remember Me?

(you may use HTML tags for style)